9 Ways To Keep Fit At Office | SEVENTEENTH COLLEGE
» ARTICLE » 9 Ways To Keep Fit at Office

9 Ways To Keep Fit at Office

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. Rapi kongsikan senaman mudah yang boleh dilakukan di pejabat.

 

1.Gunakan Tangga

Seseorang yang berat 160lbs dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar! Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung .

 

2. Kerusi imaginasi

Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. Caranya ialah dengan berdiri di tepi dinding. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30-60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar.

 

3. Arm strengthen

Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.

 

4.Senaman Otot Lengan

Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.

 

5. Wrist movement

Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.

 

6. Teknik back twist

Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.

 

7. Tolak dinding

Bosan menunggu rakan sekerja? Gunakan masa itu untuk membina otot lengan.  Tampung diri anda menggunakan tangan sahaja ke arah dinding.  Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas anda hampir bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali.

 

8. Angkat kaki

Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun kedua-dua kaki anda dah tahan dalam 5 saat atau lebih. Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai. Letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan untuk menambah berat.

 

9. Half squat

Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya paha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus ke hadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan tegang otot.

 

XTRA: Anda masih lagi boleh melakukan senaman ringkas sebegini ketika menghadiri mesyuarat panjang atau sedang melakukan perbincangan bersama rakan sekerja.

 

SUMBER : Majalah RAPI

Updated:: 04/04/2017 [amin_mustafha]

MEDIA SHARING

SEVENTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389472688
0389472757
C1511481882