Tahniah Dan Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia | SEVENTEENTH COLLEGE
» NEWS » Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia

Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia

Oleh Ayna Farhana Mohamad Sari

Foto oleh Mohd Izrul Jabar 

SERDANG, 6 September – Seramai 409 orang pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Tujuh Belas, UPM Serdang. Seluruh warga Kolej Tujuh Belas merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu bagi sesi 2017/ 2018 kerana telah terpilih untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu di tangga ke 229 terbaik dunia serta kedua terbaik di Malaysia.

Pelajar baharu juga turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang Minggu Perkasa Putra yang telah ditetapkan antaranya ialah Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman, Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Bahagian Akademik, Majlis Bersama Pengurusan serta Ketua Bahagian dan sebagainya.