ULTRA ELITE BOOST CAMP 2016 |
» NEWS » ULTRA ELITE BOOST CAMP 2016

ULTRA ELITE BOOST CAMP 2016

Ultra Elite Boost Camp IV (UEBC 16) merupakan program untuk membentuk kecemerlangan buat para pelajar tahun satu dalam menyumbang tenaga kerja dan idea dalam menyokong dan melibatkan diri dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej, fakulti mahupun di peringkat universiti yang akan diadakan pada 1 hingga 5 November 2016 (Selasa hingga Sabtu). Pelajar bukan sahaja dapat memperbaiki dan meningkatkan kemahiran komunikasi, malahan pelajar juga dapat memupuk semangat cinta akan kolej kediaman, fakulti, universiti dan seterusnya negara. 

Tema bagi UEBC 16 kali ini adalah 'Menegakkan Nusa, Mendirikan Bangsa' yang mana dapat menerapkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air ke dalam diri setiap pelajar. Melalui program ini, kami berharap agar peserta program dapat membina kemahiran bekerja dalam pasukan serta memupuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, diharapkan para peserta dapat membian sahsiah diri dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar. secara tidak langsung, pengenalan mengenai pihak pengurusan dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tujuh Belas dapat disampaikan dengan lebih baik.

Date of Input: | Updated: | mahr

MEDIA SHARING

SEE ALSO
SXEUUAh~