Functions And Roles Of MTM | SEVENTEENTH COLLEGE
» STUDENT HIGHEST COUNCIL » Functions and Roles of MTM

Functions and Roles of MTM

Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) merupakan perancang dan pelaksana aktiviti secara tersusun dan berjadual  (Kalendar aktiviti) pada setiap sesi kemasukan  pelajar.

Tempoh pelantikan mereka selama 1 tahun dan mengikut sesi pengajian. Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) dikendalikan oleh Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, Ketua Blok dan Exco-Exco.   

Pemilihan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) adalah berdasarkan  panduan seperti berikut :

  1. Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu sesi pengajian.
  2. Calon pernah menyertai mana-mana kursus/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej atau universiti.
  3. Calon mempunyai sekurang-kurangnya CGPAS 2.75 ke atas kecuali pelajar perubatan dan kes-kes tertentu CGPA 2.5 dan juga tertakluk kepada budi bicara pengetua.
  4. Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  5. Calon tidak terikat dengan latihan industri kecuali Pelajar Perubatan.
  6. Pemilihan dan kelulusan dibuat oleh pihak pengruusan Kolej.
  7. Kriteria pemilihan setiap jawatan dalam MTM akan ditentukan berdasarkan penilaian yang dibuat oleh felo dan pihak pengurusan kolej.

 

Sumber :  Garis Panduan Pemilihan Majlis Tertinggi Mahasiswa                                  

(UPM/KK/TAD/GP05)  bertarikh 02.01.2015

Updated:: 19/07/2017 [aynafarhana]

MEDIA SHARING

C1506384015