UTAMA | KOLEJ TUJUH BELAS

Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003 seiring dengan pembinaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan anggaran kos RM 202 juta dan telah siap dibina sepenuhnya pada 10 Januari 2006.

Majlis penyerahan kunci bangunan Kolej Tujuh Belas daripada pihak pemaju kepada Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi ) Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 16 Jun 2006. Walaubagaimanapun, Kolej Tujuh Belas telah mula beroperasi pada 1 Julai 2006. Buat sementara waktu, pusat pentadbiran sementara terletak di Astaka Seni, Universiti Putra Malaysia.

Secara umumnya, kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar daripada fakulti-fakulti lain dalam kampus Universiti Putra Malaysia yang menetap di sini. Keseluruhannya, terdapat 4 blok bangunan kediaman pelajar iaitu blok A, blok B dan C bagi pelajar wanita serta blok D bagi pelajar lelaki. Selain itu, terdapat juga surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, kafeteria, rumah pengetua dan lapan (8) unit rumah felo.

Kapasiti yang boleh ditampung bagi Kolej 17 ialah seramai 1900 orang.

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

 

Pelajar yang ditempatkan di Kolej Tujuh Belas adalah terdiri daripada pelbagai program pengajian yang terdiri daripada 2 fakulti iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan Veterinar.

artikel
Usaha Meningkatkan Sikap Cinta akan Negara Dalam Golongan Muda
Dasawarsa ini, sikap kasih dan sayang akan negara sudah semakin menghilang dan luntur dalam golongan marhaen di setiap pelusuk empat penjuru dunia. Hal ini demikian kerana...
Taman bunga, dusun di kawasan masjid
Volunteering@Kuala Gandah
Artikel-artikel lain...
berita
Tahniah Kepada Kolej Tujuh Belas Kerana Naib Johan Bagi Acara Badminton Lelaki Bagi Kejohanan Sukan Kolej UPM Semester 1 Sesi 2018/2019
SERDANG, 22 September – Acara Badminton Lelaki baru sahaja melabuhkan tirai pada...
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
;
17 AESTHETICS FITNESS MOTIVATION
;
MAJLIS PENUTUP MINGGU PERKASA PUTRA 2018
;
SELAMAT DATANG PELAJAR KOLEJ TUJUH BELAS SESI 2018/2019
;
MAJLIS PERASMIAN SUKAN KOLEJ 2018 | KOLEJ TUJUH BELAS
ikuti kami
B1566678783